Keluarga
|
Nama Saintifik
|
Nama Tempatan
|
Nama Inggeris
|
Viperidea
|
Calloselasma
Rhodostoma
|
Ular Kapak Bodoh
|
Malayan Pit Viper
|
Ular Kapak Bodoh atau dalam bahasa inggeris (Malayan Pit Viper) ialah sejenis ular Kapak yang terdapat di Malaysia dan Asia Tenggara. Nama "pit viper", digelarkan sempena organ peka haba yang ditempatkan di dalam pit kecil di antara lubang hidung dengan mata di kedua-dua belah kepala. Nama saintifiknya Calloselasma rhodostoma. Ular kapak adalah antara ular yang terbisa yang diketahui.
Ular Kapak Bodoh merupakan antara spesies yang menyebabkan lebih banyak kematian di
tanah besar Asia Tenggara berbanding dengan kumpulan ular Kapak Hijau, walaupun Ular Kapak Bodoh tidaklah ganas. Ini disebabkan oleh perbezaan tempat tinggalnya iaitu Ular Kapak Bodoh adalah ular daratan dan menghabiskan banyak masa di atas lantai hutan manakala ular Kapak Hijau menghabiskan banyak masa di atas pokok.
Sama dengan ular-ular pemangsa lain yang menyerang hendap atau duduk-dan-tunggu, Ular Kapak Bodoh mempunyai warna-warna yang sesuai untuk penyamaran dan menunggu mangsa. Bagaimanapun, ular ini tidak akan mencuba melarikan diri ketika mendengar bunyi haiwan yang mendekatinya, samada haiwan tersebut besar ataupun kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan