Keluarga
|
Nama Saintifik
|
Nama Tempatan
|
Nama Inggeris
|
Viperidea
|
Tropidolaemus
Wagleri
|
Ular Kapak Tokong
|
Wagler’s Pit Viper
|
Ular Kapak Tokong ("Trimeresurus wagleri") merupakan sejenis Ular Kapak berbisa. Ular Kapak Tokong tergolong dalam kumpulan reptilia yang berdarah sejuk. Ular Kapak Tokong mampu melahirkan 15-40 anak. Anak Ular Kapak Tokong mampu menjaga diri sebaik sahaja dilahirkan. Ular Kapak Tokong mempunyai warna badan yang terang dan mudah dilihat, bagi Ular Kapak Tokong betina dewasa mempunyai kepala yang besar dan berwarna hijau, firus atau hitam dengan jalur kuning, hijau muda dan bintik hitam. Sesetengah ular jantan dewasa dan juga anak ular berwarna hijau terang. Jalur berwarna perang yang terdapat di mata ular adalah untuk penyamaran.
Ular Kapak Tokong adalah dari keluarga Viperidae kerana berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif terhadap haiwan yang berdarah panas.
Kelenjar racun Ular Kapak Tokong terletak di kedua belah pipinya, dimana bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam ataupun luar tubuh. Ular jenis ini, terdapat di Thailand, Indonesia, Malaysia, dan Filipina, dimana habitatnya dikawasan tanah rendah, tanah hutan, paya bakau.
Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit.
Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah akan sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak dengan cepat dan ia akan berterusan selama beberapa hari.
Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:
- Sakit yang amat sangat pada tempat gigitan (dalam masa beberapa minit)
- Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit (dalam masa 30 minit)
- Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
- Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
- Darah tidak membeku.
- Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.
Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan