Translate

Kijang




Keluarga
Nama Saintifik
Nama Tempatan
Nama Inggeris
Cervidae
Muntiacus muntjak
Kijang
Barking Deer

Kijang ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama inggeris ialah Common Barking Deer. Nama sainsnya Muntiacus muntjac, ia juga dikenali sebagai Kijang India (Muntiacus muntjak) adalah spesies kijang paling luas taburannya. Kijang mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini adalah maserba, memakan
buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil.Kijang menghasilkan bunyi menyerupai menyalak, biasanya apabila mengesan pemangsa.

Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 cm dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh tahunan dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atay (lebih merbahaya) gigi kanine atas seperti gading, dan mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan