Keluarga
|
Nama Saintifik
|
Nama Tempatan
|
Nama Inggeris
|
Cervidae
|
Rusa Unicolor
|
Rusa Sambar
|
Sambar Deer
|
Antara makanan utama Rusa Sambar adalah rumput, pokok renek, daun, dan buah-buahan pokok Rusa Sambar merupakan salah satu haiwan mamalia yang terdapat di Malaysia. Nama saintifiknya ialah Cervus unicolor. Terdapat 6 sub-spesis yang berbeza dari segi saiz dan warna.warna bulunya parau dan panjang. Hanya rusa jantan mempunyai tanduk yang biasanya ada tiga cabang pada kedua-dua belah dan boleh mencapai panjang 1 meter (3.3 kaki). Panjang dari kepala ke hujung badan adalah dari 1.7-2.7 meter (5.7-9 kaki); beratnya 150-315 kilogram (340-710 paun).
Rusa Sambar sukar ditemui walaupun di tempat ia berkeliaran kerana akan terus melarikan diri apabila terdengar apa-apa bunyi sahaja. Antara pemangsa Rusa Sambar ialahharimau, harimau bintang atau anjing liar. Rusa Sambar hidup bersendirian kecuali di musim mengawan. Pada musim mengawan, rusa jantan akan mengumpul sekumpulan rusa betina jagaannya dan mempertahankan kumpulannya dari sebarang rusa jantan lain. Di tengah dan Selatan India, rusa betina melahirkan anak pada bulan Mei dan awal bulan Jun tetapi pembiakan boleh berlaku pada bulan lain di kawasan India yang lain. Selepas 8 bulan bunting, anak rusa akan dilahirkan dan disusu selama beberapa bulan.
Rusa Sambar terdapat di India, Indonesia, Asia Tenggara. Rusa Sambar tinggal di hutan Tropika Panas dan Hutan Sub-tropika, sehingga ketinggian 10,000 kaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan